Kenapa Spider Man menjadi nama blog saya

Spider Man asal manusia biasa - jika mengikut cerita yang ditayangkan - namun hidupnya berubah selepas 'digigit' labah labah hingga menjadi Manusia Labah labah.

Menjadi penyelamat dan penolong kepada sesiapa di dalam kesusahan.

Ini bermaksud blog ini ingin menyelamatkan rakyat Malaysia agar tidak tertipu dengan hasutan dan tohmahan sesetengah pihak yang jelas ingin menjadikan Malaysia dikuasai kuasa asing dari Barat.

Walhal kita berhak menentukan cara dan bagaimana kaedah menjayakan kemerdekaan Malaysia tanpa perlu ditunjuk oleh mana mana pihak yang bercita cita ingin menakluk kita melalui 'orangnya'...

Mari kita lawan habis-habisa orang yang ingin menjatuhkan negara kita melalui permainan siber mereka.

Jika anda dalam kesusahan, panggillah Spiderman Malaysia menerusi komen anda yang diluluskan tanpa permit dari saya dan saya akan datang segera membantu anda untuk menjawab isu isu berkaitan negara terutama isu pembangkang / Pakatan Rakyat. Atau anda memerlukan saya melawan mereka di blog blog bolehlah dipanggil saya untuk kita sama sama ganyang mereka dengan izin Allah.

Atau hal hal berkaitan 'senjata perang siber' iaitu blog samada membuat blog, memasukkan gambar dalam blog, menukar template, hyperlink dan sebagainya.

Pertolongan saya adalah 'percuma' demi agama bangsa dan negara saya ; Malaysia !

Letakkan komen anda dan saya akan pastikan dengan segera ia akan dijawab.

Salam perkenalan.

Spiderman Malaysia


0 comments: