bagaimana memastikan anda atau anak tidak 'tertengok' blog/laman lucah !

Bagi yang sudah biasa melayari internet mereka mungkin sudah lali apabila terserempak dengan 'cerita lucah', 'gambar bogel', 'video lucah' 'aksi lucah' dan 'telanjang' atau sebagainya. Memanglah benda-benda ini boleh membuatkan kita bergoyang iman tidak kira lelaki ataupun wanita.

Sebagai seorang yang matang kita perlu bertanggungjawab jika semua penaik nafsu syahwat ini ditonton oleh kanak-kanak. Bukan mereka sengaja mencari keyword yang lucah tetapi mereka akan ter-klik atau ada iklan yang kurang ajar mempamerkan tubuh untuk menarik perhatian. Kanak-kanak ini tidak boleh dipersalahkan. Kita perlu berbuat sesuatu. pastikan pada Image Search Engine anda dikunci.


Bagi sesiapa yang belum tahu cara-cara nak kunci image search supaya image yang dipaparkan adalah ditapis cara dengan memastikan perkataan pada search engine tersebut tertera: ' Safe Search is On'. jika off, anda klik pada 'safe search filtering' > Use Strict filtering > Safe Prefering.




Bagi pihak berwajib dengan sewenang-wenangnya telah membekukan talian blog-blog yang dikatakan 'mencetusan kekacauan kaum' dan 'menghasut', bagaimana pula jika remaja anda membuka laman dan blog-blog lucah? adakah mereka melarang dan memarahi anak mereka kemudian siap 'Bookmark' blog tersebut. Pada waktu malam mereka pula yang tumpang sekaki dan tanduk dah tumbuh dia tak sedar.

Nasihat ini sekadar peringatan.. Harap anda dapat menerima dengan hati terbuka.

2 comments:

Sarfarizmal Saad said...

Salam Blogger,

TERIMA KASIH Spiderman Malaysia krn memberi tips-tips berguna kepada semua pembaca dan penulis blog.

Diharapkan usaha anda ini akan diberkati dan mendapat ganjaran setimpal daripada Tuhan.

Rajin-rajinlah melawat dan memberi komen pada blog saya.

Terima Kasih.


Ikhlas,

Sarfarizmal Saad

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

aberamly.wordpress.com

ramlyotai.blogspot.com