Apakah tindakan Anwar selepas dimalukan dengan Sumpah Saiful ?

Setakat ini tiada lagi ura ura Anwar akan mengadakan upacara menafikan sumpah Saiful.

Memang ada pendapat yang berkata Anwar tidak perlu bersumpah namun Anwar sebenarnya membiarkan permainan ini semakin keliru dan kabur dengan tindakannya menuduh perbuatan Saiful sebagai agenda politik kotor kerajaan sedangkan ia ditegaskan Saiful sendiri dan diucapkan oleh Ezam bahawa ia antara dua individu sahaja, bukan dua parti yang mewakili jutaan rakyat tidak berdosa.

Kesan isu liwat ini digemburkan ialah kesan moral dan kesan politik serta ekonomi negara.


Moral : menjadikan liwat perkara tidak lagi menjijikkan. Mungkin menimbulkan 'keinginan' para muda mudi atau tua tui ? mencubanya. Ini perkara lumrah kerana taktik mengajak orang melakukan sesuatu kadang kadang dengan menghebahkannya berulang kali serta berterusan.

Contoh : menghebahkan kelazatan pizza dengan disiarkan di TV dan akhbar akan menjadi terdetik di hati rasa ingin merasainya atau bertanya orang yang pernah menikmati pizza tersebut. Atau menjadikan pizza semakin popular dengan berita dan iklan ulang kali disiar di media media eletronik dan massa negara kita.

Seperti juga taktik digunakan sekarang dimana orang melakukan perkara menyalahi undang undang atau agama menjadi popular, seperti isu artis dengan video dan gambar lucah, menjadi semakin dikenali selepas dipopularkan media dengan cara tersebut.

Sepatutnya ia tidak begitu!

Politik : menjadikan rakyat tertanya tanya dan menimbulkan curiga kepada kerajaan sedangkan ia dinafikan oleh kepimpinan negara dari terlibat dengan perbuatan terkutuk ini. Masakan kerana keuntungan politik mereka sanggup mengorbankan masa depan alam akhirat mereka untuk semua itu ?

Jika benar maka sudah tentu perbuatan mereka akan dibalas terus oleh Allah di atas dunia lagi. Bukankah Allah sangat keras azabNya dan sesiapa tidak mampu menahan kemarahan Allah jika Dia marah ?


Maka kenapa kita mudah sangat menuduh kerajaan walhal ia tidak berasas atau tidak tepat sama sekali ?

Ekonomi : ini akan menjadikan suasana makin tidak stabil ekoran jangkaan pelabur bahawa ia boleh menimbulkan kekacauan di dalam negara. Maka pelabur akan tunggu atau terus keluar dari negara kita untuk melabur di negara lain yang selamat dan tidak bergolak berbanding Malaysia.

Dalam hal ini Singapura tentu akan semakin meningkat kedudukannya sebagai sebuah negara membangun dengan masalah demi masalah yang berlaku di Malaysia.

Akhir sekali, berfikir sebelum kena perlu kita jadikan panduan. Dengan menuduh orang itu orang ini tidak akan menyelesaikan masalah bahkan menjadikan masalah semakin parah. Lebih baik SERAHKAN KEPADA ALLAH kerana DIA Maha Tahu lebih dari kita.

Sumpah Saiful sah di sisi agama demi membersihkan dirinya dari ditohmah. Kerana Saiful tidak sahaja didakwa diliwat bahkan didakwa dengan wang jutaan ringgit demi sumpah 'keramat' tersebut. Jadi adakah ia sekadar kes liwat sahaja atau ia melebihi dari itu terjawab sudah dan tentu faktor diadakan upacara sumpah liwat tepat pada masanya kerana ia bagi mencuci nama Saiful , Bapa dan juga keluarga serta bakal isterinya...

Moga ada lagi 'tenaga' untuk kita fikirkan lebih dalam dan panjang hingga masa depan negara kita untuk 30 = 40 tahun akan datang...

Baca di sini berita Sumpah Saiful sah di sisi agama.

0 comments: