Pelik... Ketua Pemuda UMNO pula yang sepatutnya bangun membela tak buat apa-apa kerana sikapnya yang lembik, lemah, longlai, terumbang-ambing bila berhadapan dengan perjuangan bangsa Melayu tapi bila bersyarah berapi cium keris, medan pahlawan yang ada sakti lepas itu sejuk macam salji.
Tahukah anda kenapa, mengapa, sapa saja nak pukul Perdana Menteri boleh berbuat sesuka hati, seolah-olah pemimpin negara kita tak ada harga diri, silakan, bantai, ‘
pukullah’? ‘
Maruah’ kita bubuh dekat mana? Kita macam tak ada muka lagi, boleh diam. Dulu kalau ada Pemuda biadap macam Mukriz anak lelaki Tun Mahathir tentu membisu sudah kena sumpah jadi batu macam Si Tanggang derhaka?
Kehancuran bangsa dan negara dalam sejarah kita adalah disebabkan oleh petualang-petualang,
musuh dalam selimut,
lipan bara dalam kain,
lintah dan pacat dalam seluar,
agas dan nyamuk dalam kereta,
ular sawa dalam bumbung rumah sendiri. Kata kawan saya seorang ahli UMNO dari Melaka, akibat ramai sangat yang memikirkan kepentingan diri mereka tak peduli adanya ahli parti yang sanggup membunuh Presidennya sendiri tanpa menggunakan saluran demokrasi.
Jika Pemuda sentiasa berjaga-jaga, berwaspada, berjaya mengenal pasti ‘
musuh dalam selimut’ tentu lintah dan pacat yang ada dalam seluar dihapuskan dahulu sebelum mereka mahu menghumban Presiden UMNO.
Sebagai orang Melayu yang beragama Islam mempunyai keadaban, kesopanan dan kesusilaan, hormat-menghormati sesama insan sepatutnya Pemuda seperti Mukriz tak ‘
biadap’ seperti bapanya Tun yang sepatutnya Tun memberi pandangan, nasihat, teguran yang bersopan. Orang yang egonya besar macam Mahathir mana mempedulikan adab sopan Melayu, ‘
bapa borek anaknya rintek’.
Bukannya main ikut sedap mulut saje. Orang tua kata
kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Jangan sampai
kerana mulut negara dan bangsa binasa. Nak ke negara jadi porak peranda?
Bab ini untuk orang-orang yang khusus, yang meminati sejarah politik dan ‘
penjajahan minda’ kerana perkara-perkara yang akan dibincangkan ialah perkara-perkara yang khusus mengenai ‘
penjajahan minda bentuk baru'. Ia cuma boleh difahami oleh siapa saja yang mahu mempelajari selok-belok bagaimana kebanyakan manusia yang merasakan dirinya ‘
hebat’. Egonya lebih besar dari dirinya namun mindanya masih dijajah oleh penjajah semasa kita dijajahnya dahulu. Tanpa disedari ‘
minda’ mereka ini masih terus menerus dijajah tidak terkeluar dari kotak seperti yang disarankan oleh Dato Sri Abdullah Badawi untuk menjadi
modal insan.
Apakah tak mustahil ada agen rahsia yang menggunakan orang kenamaan yang sanggup menjualkan ‘
roh’ mereka kepada setan yang menyebabkan mereka tak takut mengkhianati perjuangan bangsa dan agama? Mereka lebih takut pada
tuan dari tuhan. Lebih taat perintah
tuan dari perintah tuhan.
Sambil memandu kereta berseorang menuju ke Wadi Hussein, Janda Baik, Bentong, Pahang, saya berhenti di stesen minyak untuk minum secawan kopi. Anda yang sudah membaca kisah saya dengan Norza "
Antara Anak Guru Sekolah Dan Anak Perdana Menteri" mungkin mahu tahu cerita selanjutnya kerana ceritanya panjang. Maka kenalah berehat dahulu. Kalau kepala terasa panas, hati perlu ‘
dingin’, kalau ‘
hati’ panas, kepala perlu dingin.
Kita perlu menghidupkan ‘
mata hati’ supaya ada rasa ‘
peduli’ dalam diri. Jangan tengok kemungkaran buat tak peduli. Kita jangan takut berdepan dengan petualang bangsa. Kita mesti
berani berkata ‘benar’ sekalipun pahit. Setiap rakyat mesti mengingatkan orang ramai supaya berbuat ‘
baik’, jadi orang ‘
baik’, jangan melakukan kerosakan. Dan membuat maksiat berulang-ulang kali supaya dicontohi.
Patutkah kita biarkan Perdana Menteri dibuli tanpa ada rasa peduli? Patutkah kita membiarkan dia dipukul, dibuli sesuka hati kita tak peduli? Mentang-mentanglah kita berada di pihak pembangkang, bagaimana kalau Ketua Pembangkang yang jadi Perdana Menteri jika dilakukan sedemikian rupa? Apakah mereka tak marah? Perdana Menteri yang dihina tu bangsanya Melayu.
Negeri kita ada undang-undang, aniayakan orang yang tak melawan jangan lebih-lebih. Nasib baik Allah melindunginya. Mungkin ada para wali Allah sentiasa berada di sampingnya. Anda tak percaya tak apa. Anda mungkin tertawa membaca. Apa sudah jadi dengan Pak Habib ini, di waktu orang ramai mahu menurunkan Perdana Menteri dia menaikkannya? Kerja siapa menurun dan menaikkan, menghidup dan mematikan? Hanya Allah yang boleh menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup?
Tak bergerak sesuatu melainkan gerak dari Allah - Al-Quran. Itulah susahnya, kitab yang boleh membawa rahmat kepada sekian alam kita ketepikan.
Nampaknya kita tak pernah serik walaupun berkali-kali dihukum oleh sejarah. Cuba kita toleh kembali sejarah. Kita dijajah selama 446 tahun oleh Portugis, 1511-1641 (130 tahun), kemudian Belanda, 1641-1795 (154 tahun), selepas Belanda East India Co., 1795-1818 (23 tahun) kemudian balik Belanda 1818-1824 (6 tahun), kemudian British lagi, 1824-1942 (118 tahun), lepas itu Jepun, 1942-1945 (3 tahun 8 bulan) sebelum British sekali lagi. Kemudian Komunis Bintang Tiga pula selama 14 hari. British III 1945-1957 selama 12 tahun lagi. Tanggal 31 Ogos 1957 kemerdekaan tanahair tercinta tercapai dan sudah 51 tahun sehingga sekarang kita merdeka. Tak takut ke kemerdekaan kita ini hilang akibat kita bergaduh sesama sendiri dan masing-masing nak tunjuk dialah yang lebih pandai dan yang sepatutnya jadi PM akibat membiarkan minda kita dirasuk oleh para petualang yang
lidahnya bercabang tiga tak bertulang?
Kekalahan Melaka adalah disebabkan oleh Si Kitol dan Raja Mendaliar. Dalam politik Melaka ketika itu pun banyak mereka yang berketurunan Mamak. Menurut buku Sejarah Melayu, SiKitol dan Raja Mendeliar memfitnah Bendahara Ali kerana dia mengamalkan
nepotism sehingga ramai puak-puaknya menjadi orang besar Melaka. Tapi tak tahulah apa cerita yang sebenarnya. Tapi apakah didalam UMNO tak ada Si Kitol, Raja Mandaliar dan Tun Mutahir, serta Si Tanggang derhaka?
Lupakah kita Tun Dr. Mahathir menangis teresak-esak apabila membuat pengumuman perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional di akhir penggulungan Perhimpunan Agong UMNO dahulu. Orang yang mula-mula mendekatinya ialah Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Rafidah Aziz. Kenapa Tun Dr. Mahathir menangis? Sudah tentu banyak perkara yang beliau sendiri memendam dan disimpan atau apakah ada perkara yang sepatutnya untuk pengetahuan ramai terutama ahli-ahli sekalian tapi Mahathir tak bagi tahu? Apakah pemimpin dan ahli UMNO terlupa macam mana Pak Lah berperanan menenangkan dan mendingin serta menyejukkan suasana yang bergelora di dalam dan di ruang legar PWTC? Saya sendiri ketika itu berada di PWTC sedang jual buku "
Mahathir Mudah Lupa."
Apakah kerana akibat dilalaikan dengan ‘
sihir’, manderam, pelali, Tun Mahathir yang pandai bermain sandiwara, yang berjaya menindoktrianasikan dalam minda Melayu dengan perkataan
Melayu mudah lupa, mudah lupa akhirnya kita lupa Allah Tuhan kita? Nabi Muhammad SAW, Nabi dan Rasul kita? Kata-kata Mahathir jadi ikutan. Pernah baca buku saya "
Sunnah Nabi Muhammad SAW vs Sunnah Mahathir Mohamad?"
Melayu lupa Tun Mahathir telah mengekori sejarah Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, semua bekas Presiden UMNO mati di luar UMNO, kenapa? Kenapa mereka tak mahu mati dalam UMNO tapi anak cucu mereka mahu dikekalkan untuk menguasai UMNO? UMNO ini milik keluarga
feudal,
elite atau
Melayu Marhain? Apa sudah jadi? Kenapa lama sangat tertidur?
Setiap penyakit ada ubatnya. Yang penting kita perlu tahu punca penyakit. ‘
Orang kita’ sedang ‘
sakit’, kita yang ada rasa ‘
peduli’ tak boleh buat ‘
tak peduli’, kena beriktiar dan berdoa pada Allah sebelum terlambat. Sebelum bangsa kita jadi pengemis dalam negerinya sendiri, kita kena sedar diri, jangan tak sedar diri. Bila lagi hendak kenal diri. "
Kenal diri kamu rata-rata sebelum kenal Tuhan yang nyata."
Sampai bila jenis manusia yang tak tahu mengenang budi,
kacang lupakan kulit yang tak ada rasa ‘
peduli’ atau mementingkan diri dan keluarga dibiarkan
bersultan di mata, beraja di hati? Perlukah mereka dibiarkan bermaharajalela dalam UMNO dan dalam politik kita? Kemana menghilangnya jiwa ‘
patriotik’ anak bangsa kita?
Apakah kerana perangai orang kita yang terpedaya dengan pepatah
mentimun dan
durian,
digolek luka, kena golek apa tah lagi menyebabkan mereka takut apa hendak tanya? Tanya Anwar Ibrahim, lu siapa? Siapa lu sebenarnya? Betul ke lu raja liwat? Kalau tidak, junjung Quran sumpah dalam masjid, sedomi lu tak buat, lu makan Indomee saja.
Cuba tanya Mahathir pula, lu siapa? Takut apa dengan manusia jika kita takut pada Allah? Bisik hati kecil saya. Apakah kerana Mukriz anak Tun Mahathir atau kerana Hishamuddin pun anak manten Perdana Menteri dan maka mereka berdua boleh main sandiwara seperti Mahathir dan Anwar, kita terus dibiarkan jadi mangsa?
Sampai bila rakyat mesti dibiarkan dengan cerita Najib dan Anwar? Sampai bila kisah mereka berdua yang menyebabkan rakyat yang tak berdosa terus berada dalam kebingungan? Ada pun guru, ustaz yang ceramah di surau dan masjid tunjuk pandai baca ayat Al-Quran dan hadis tapi tak tunjuk jalan keluar dari kemelut yang membuatkan rakyat ‘
sakit’.
Sampai bila rakyat sekadar menjadi pemerhati? Betul juga kata Tan Sri Sanusi Junid, tak ramai dalam UMNO yang
berani berkata benar di depan pemimpin yang dianggapnya berkuasa biarpun yang sudah jadi ‘
botol kosong’. Masakan Dato Syed Ali Al-Habshi, Dato Norza Zakaria saja yang berani, yang lain buat apa? Kasihan. Merdeka apa benda namanya?
Nasib baik juga Dato Seri Abdullah tak pakai nombor Pulau Pinang P4. P ‘
pukul’, 4 dalam bahasa Cina ertinya ‘
mati’, pukul sampai mati. ‘
Hai ya sila’. ‘
Haddi pak’ kata orang India pula. Kasihan, apa dosa Pak Lah yang dia mesti dipukul sampai mati? Rupa-rupanya ada juga Melayu yang ‘
perut hijau’ pinjam kata orang utara mengenai manusia yang tak ada ‘
hati perut’, kejam macam Presiden Bush yang menjadi alat zionist.
Abdullah Badawi suka nombor 13, itu rukun sembahyang. Kita perlu ada ilmu ‘
tauhid’ sebelum menunaikan ibadat ‘
solat’. Mereka yang menggunakan ‘
abjad’,
numerology, yang percaya pada kuasa
para normal dan
mistik takut dengan nombor 13 kerana 1+3=4 ‘
mati’. Pelik. ‘
Takut mati’ sedangkan yang hidup mesti mati. ‘
From dust to dust’. Ramai manusia yang takut dengan nombor 13 mungkin terpengaruh dengan filem "
Friday the 13th". Banyak bangunan yang tak guna nombor 13 sebagai alamat atau tingkat.
Menurut Ibnu Arabi
, Tuhan suruh matikan dirimu sebelum kamu mati. Dan orang-orang sufi yang memahami erti
syahadat mengosongkan diri mereka ‘
la’ ertinya tak ada ‘
kosong’, ‘
zero point’,
infinity, yang hidup hanya ‘
asma Allah’.
99 nama Allah yang diketahui oleh kita bermula dengan
Alif Lam Lam Ha. ‘
La illa hail lallah’.
Apa pun tak ada selain Allah. Kita yang hidup ini pun boleh ditidak adakan dan diadakan semula. Mungkin Abdullah mempunyai keyakinan yang sama. Allah saja yang Maha Kuasa.
Pak Lah dengan sifat ‘
sabar’ yang luar biasa yakin Allah berserta dengan orang yang ‘
sabar’. Apakah anda tak percaya
mujizat yang dianugerahkan pada para awlia, karamah pada para ‘
wali Allah’ dan kecerdikkan kepada manusia yang berakal?
Di waktu terdesak akan datang pertolongan Allah. Para ambia dan aulia menerima ujian yang jauh lebih besar namun sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah.
Menung,
fikir dua tiga kali apa yang anda sudah baca. Politik, politik juga. Tuhan jangan lupa. Bila lagi mahu
kenal diri rata-rata sebelum kenal Tuhan yang nyata. Hidup ini sementara, jangan pisahkan politik dari agama, biarpun dunia belum kiamat. Kita sudah berada di penghujung, tanda-tanda dunia akan kiamat sudah dekat. Tahukah anda bencana yang menimpa bangsa dan negara kita hari ini akibat memisahkan politik dan agama? Kita lupa pada kekuasaan Allah yang Maha Kuasa. Bila lagi mereka yang
sesat di hujung jalan mahu kembali ke pangkal jalan? Sampai bila kita menyembah ego, harta, wanita dan manusia durjana? Bila lagi mereka yang ‘
sakit’ mahu mencari ubat, yang berdosa mahu bertaubat?
Mengikut Dato’ Norza ada orang kata, budi pekerti Pak Lah macam Tok Sami Buddha. Pak Lah mudah percaya setiap orang yang datang mengadu masalah mereka kepadanya, dia cuba tolong. Pak Lah seperti Tok Sami walaupun yang datang itu perompak dan penyamun dia layan dengan baik. Anak cucu ‘
ulama’ keturunan orang baik-baik mesti ada sikap
ikhsan, dia mudah kasihan, sikap ‘
khusnuzan’, sentiasa berbaik sangka, hidup dihati dia. Betul ke dia tak tahu yang dia kena main, dia kena tipu dengan ‘
penyamun tarbus’? Saya berfikir, dia sendirian atau orang dikelilingnya tak buat apa-apa, tak jaga boss, ada yang macam ‘
penyamun tarbus’?
Akibat mudah mempercayai kata-kata orang jahat kononnya mereka teraniaya, bila permintaan mereka tak dapat dilayan sepatutnya akhirnya dia yang teraniaya dan dizalimi. Apakah kerana mahu jadi orang baik yang menyebabkan dulu dia
Mr. Clean man,
Mr. Nice Man ditukar oleh tukang ‘
sihir’ menjadi ‘
public enemy’ atau ada hikmah, hanya Allah saja yang tahu.
Hidup menjawab soalan, mati pun nanti mesti menjawab soalan di depan Tuhan. Sudahkah anda membuat persiapan? Mari kita melatih diri kita supaya tidak terlibat dengan penyakit
fitnah yang lebih dahsyat dari ‘
dadah’ dan lain penyakit sosial yang sedang menyerang bangsa kita, terutama penyakit ‘
suka berbohong’ dengan cerita ‘
half truth’ separuh benar, separuh bohong, cerita ong-ong.
Kenapa ‘
orang kita’ mudah dibohongi dan mudah terpedaya dengan manusia yang suka berbohong, yang cakap kosong dan ‘
ceklat angin’? Mungkinkah kerana kita lebih percaya
siapa yang berkata dari apa yang dikata? Jangan tanya
siapa yang berkata, yang penting apa yang dikata?
Apakah akibat malas membaca? Atau penyakit mengutamakan jenama sedangkan kita tahu jenama jeans atau baju yang kita pakai itu barang tiruan, palsu? Jenama punya pasal kita tak peduli kita kena tipu.
Orang yang tak berilmu begitu mudah dijadikan alat oleh mereka yang mungkin tak dapat projek, tak dapat sesuatu atau yang bersikap prejudis ditambah sikap P.H.D yang dikaitkan dengan bangsa Melayu? Sampai bila sikap ini mahu diubah?
Kita makhluk yang bernama manusia adalah makhluk yang berakal. Kenapa tak guna ‘
akal’ dan fikiran kita atau akal dijadikan Tuhan akibat kurangnya ilmu kerohanian?
Bangsa kita ‘
sakit’ akibat di serang selsema, ‘
fitnah’. Sindrom wabak ‘
fitnah’ mudah menjangkiti orang yang tak beriman. Patutkah kita berpeluk tubuh tak buat apa-apa? Apakah anda tidak mahu menyumbang sesuatu pada bangsa anda? "
Ask what you can give to your country not what your country can give you" - John F. Kennedy.
Apakah kita tak merasa malu membiarkan diri dijadikan seperti ‘
anjing’? Seekor anjing menyalak semua anjing lain menyalak sama. Apakah anda tak tahu adanya pemimpin kita yang sudah jadi seperti anjing kurap yang ada penyakit gila sanggup mengigit orang yang tak berdosa dengan kita?
Kita bukan anjing.
Kita adalah ‘insan’ sebaik-baik makhluk kejadian Tuhan. Kita ada agama, Al-Quran, kita buat apa? Sunnah Nabi Muhammad SAW bubuh kat mana? Cuba mengucap dan beristighfar. Ajak kawan-kawan yang kita rasa tersesat, berselawat ‘
Allah humma soli ala Muhammad wa ala Ali Muhammad’.
Kenapa kita biarkan kisah empat manusia ini menjadikan negara bercelaru dan haru biru? Menung dan fikirkan siapa yang menentukan untung nasib manusia?
Kita yang sepatutnya berzikir menyebut nama Allah, berselawat "
Allah huma soli ala Muhammad waala Ali Muhammad". Rasulullah SAW adalah Penghulu segala ambia yang
membawa rahmat kepada sekian alam.
Kenapa Najib-Anwar, Najib-Anwar menjadi zikir? Anwar-Najib, Anwar-Najib? Kenapa Pak Lah mesti dijadikan ‘
the moving targets’? Agenda siapa kalau bukan Mahathir?
Saya berfikir sendirian, kalau cerdik sekadar
putar alam, jadi ‘
ceklat angin’, ada blog dibaca oleh berjuta tapi tidak boleh mendekatkan manusia pada Tuhannya buat apa? Hanya Allah Tuhan yang Maha Kuasa saja yang boleh menyelamatkan bangsa kita.
Che Det dulu tarik
imuniti dari raja-raja Melayu, tembelangnya kini sudah terbuka bila terbukti dia dan keluarganya setelah memiliki ‘
kekebalan’ bermaharajalela. Senasib dengan Anwar Ibrahim, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya terjatuh ke dalam jamban tahi.
Sampai bila tukang karut Kitol dan Sang Rajuna Tapa yang macam lanun dulu kala di Selat Melaka menabur ‘
fitnah’ suka hati mak dia? Siapa pun tak boleh buat apa-apa termasuk raja-raja. Kasihan raja-raja. Perlukah saya tulis "
Ampun Tuanku". Tuanku sekelian tidak takutkah Anwar jadi Presiden Republik Malaysia. Baca buku terbaru saya "
Dunia Belum Kiamat 1."
Saya kenal Tun Mahathir semasa 22 tahun jadi PM. Saya tulis lebih dari 30 buku termasuk "
Memo Untuk Perdana Menteri 1992" mengenai politik Tun. Bijaknya Tun bermain politik, rakyat tak nampak politik Tun yang mengutamakan kepentingan keluarga dan puak yang menyebabkan UMNO pecah dua.
Dulu Tun Musa Hitam dipilih untuk mendapat sokongan guru sekolah untuk mengalahkan Ku Li kerabat diraja. Kemudian Arwah Tun Ghafar Baba diguna untuk menyelamatkan suasana, lepas itu Tun Daim dan tokoh korporat ciptaannya dengan lampu Aladdin yang membantunya untuk menjadi kaya raya. Anwar yang ada pengaruh agama, bila Anwar menderhaka Anwar cuba dibunuhnya. Melayu mudah lupa, mana ingat ini semua?
Bila dia tak berjaya menggunakan Pak Lah yang dianggapnya ‘
lembik’, lembik di luar, keras didalam, tak macam kura-kura keras di luar lembik didalam. Itu sebabnya Mahathir menyinga, telinga Pak Lah tak dapat ditariknya.
Cerita jambatan bengkok, ‘
gentleman agreement’ antara dia dengan Pak Lah yang tak ada pasal pada bangsa dan negara dibesar-besarkannya dan seluruh negara dilibatkan sama. Manalah rakyat tak huru hara. Dia relaks gembira.
Ingatlah bahawa
Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu sendiri - Al-Quran.
Yang perlu diubah ialah sikap kita. Hendak ubah sikap perlu mengubah cara kita berfikir. Kita tak boleh berubah tanpa
ilmu dan
amal dan yang terpenting ikhlas. "
Saya tidak ragu bahawa berbohong adalah perbuatan patut dicela dalam kebudayaan manapun, dan anda tentu tidak mahu dibohongi." Ahmadinejad dari bukuDavid di Tengah Angkara Goliath Dunia
Kalau anda tidak suka dibohongi, jangan berbohong.
Siakap senohong, gelama ikan duri, selalu sangat cakap bohong, hilang kerusi Menteri. Apatah lagi mahu jadi Perdana Menteri.
Saya bimbang nasib dan masa depan Melayu jika UMNO masih mengamalkan politik
feudal dengan hanya anak-anak Perdana Menteri yang kaya raya terus berkuasa didalam negara yang berbilang bangsa, yang memberikan keutamaan kepada ‘
presepsi’ bukan ‘
meritokrasi’. Memilih yang terbaik dikalangan yang terbuang bukan yang terbaik dikalangan yang terbilang. Apa lagi jika mereka merasakan diri ‘
above the law’, tak makan saman, hidup ‘
double standard’. Merdekakah kita?
Macam mana rakyat tak kecewa dan akhirnya menolak UMNO dan tak mustahil memilih bukan Melayu sebagai Perdana Menteri mereka? Tengok di Dewan Rakyat, akibat berpecah belas Parlimen riuh rendah Melayu hilang maruah oleh segelintir pembangkang.
Apakah kerana perangai Pak Lah yang macam Tok Sami Buddha yang sentiasa
berbaik sangka dan mudah percaya pada sesiapa atas sifat
ikhsannya sehingga tak sedar ada perompak, dan penyamun? Orang kampong pun tahu siapa sebenarnya ‘
penyamun tarbus’ yang macam membakar ‘
kemian hantu’. Inilah aroma kemian yang telah membuatkan ahli UMNO ‘
mati kutu’ atau orang kita ‘
sakit’ akibat permainan ‘
fitnah’ oleh ‘
kacang hantu’?
Apakah kita perlu salahkan Pak Lah kerana sifat
ikhsannya? Bukankah sifat
ikhsan ini sifat Nabi SAW? Bolehkah kita salahkan Sami Buddha kalau memberi nombor ekor pada kaki judi? Yang salah bukannya Sami Buddha tetapi kaki judi akibat terkena asap ‘
kemian hantu’. Berjudi terus menerus lupa perkataan ‘
Tuhan’ diterbalikkan jadi ‘
hantu’.
Saiful Bukhri bergambar bersama Saiful Bukhri
Bersambung........
sumber : http://www.shalattas.com/news.php?extend.61